Sunday 28 August 2016

PERKARA 31 : AKTIVITI MASA LAPANG, REKREASI DAN KEBUDAYAAN


 Kanak-kanak mempunyai hak untuk masa lapang, bermain 
dan menyertai aktiviti kebudayaan dan kesenian.

PERKARA 28 : PENDIDIKAN / PERKARA 29 : MATLAMAT PENDIDIKAN


 Kanak-kanak mempunyai hak terhadap pendidikan, 
dan kewajipan negara untuk memastikan bahawa 
pendidikan utama percuma dan wajib.........

Tuesday 23 August 2016

Program Guru Prihatin ( ATHAM ) Jejak Muhibah / Perpaduan 2016

LAPORAN PROGRAM 

1.             Nama Program     :  Program Guru Prihatin ( ATHAM ) Jejak Muhibbah /  Perpaduan 2016


2.             Tarikh                    : 07 Mei 2016

3.             Hari / Masa          : Sabtu / 8.00 Pg Hingga 3.00 Ptg

4.             Tempat                  :  Di perkampungan Orang Asli Pos Poi Sg Siput (u)

5.             Objektif                 :
1. Berlaku perubahan tahap kebersihan dan kecerian pelajar
2. Menjejaki pelajar-pelajar yang tercicir/ poteng  sekolah.
3. Mendalami cara hidup masyarakat orang asli.

6.             Sasaran                  : Semua pelajar yang bermasalah dan poteng sekolah 2016

7.             Elemen CRC yang digunakan :
Per.29 : Matlamat Pendidikan.
Per 30 : Hak Kanak-kanak Minoriti atau Penduduk Asli

8.             Butiran aktiviti    :   
Program ini bermula setelah terdapat beberapa orang  pelajar asli Kampung Pos Poi poteng sekolah dengan tujuan untuk memujuk mereka kembali kesekolah,Pengetua, Penolong Kanan HEM dan beberapa orang guru ke Kampung Pos Poi dengan harapan dapat bertemu ibu bapa pelajar yang tercicir. Dan dapat bertemu 3 ibu bapa  pelajar yang poteng dan memberi penerangan kepada mereka

9.             Penilaian Program              :

9.1 Kekuatan Program        : Program ini dapat memumpuk perpaduan di antara guru dan ibu bapa pelajar, dan memujuk pelajar untuk belajar kembali
               
9.2 Kelemahan Program    : Kekangan kewangan  sekolah

9.3 Cadangan Penambahbaikan : Program ini perlu dilaksanakan dengan lebih kerap pada masa akan datang.

 10. Dokumentasi Bergambar                :





Monday 22 August 2016

AMALAN TERBAIK HAK ASASI MANUSIA SMK BAWONG

                  LAPORAN PROGRAM

1.         Nama Program          : Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia Disekolah (ATHAM) SMK Muhibah.

2.         Tarikh                         : 2012 hingga kini.
Dengan mengamalkan CRC Artikel 31 murid faham  tentang hak berpersatuan dan menpunyai hak masa lapang bermain dan menyertai aktiviti kebudayaan

3.         Hari / Masa                : Sepanjang Tahun

4.         Tempat                       : SMK Muhibbah

5.         Objektif                       : 
1. Menggalakkan pelajar dan warga sekolah memberi perhatian mengenai hak asasi kanak-kanak.
2. Meningkatkan kefahaman murid mengenai aplikasi hak asasi kank-kanak.
3. memupuk sifat hormat-menghormati berkaitan hak asasi kanak-kanak dan mengamalkan dalam kehidupan harian.

6.         Sasaran                      : 
1. Semua Pelajar Asrama .
2. Lima Orang Warden Asrama dan Dua Orang Penyelia Asrama
3. 54 Orang Guru.

8.         Butiran aktiviti           : 

Bil
Aktiviti & Program
Objektif
CRC
2012
2013
2014
2015
2016
1
Program
“In Loco Parentis”
1.Pelibatan ibu bapa dalam menangani masalah pelajar
2.Mendapatkan kerjasama dari Tok Batin, Ibu Bapa, Penjaga dan Penduduk kampung dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar asli

2,3,4,
10
 √
2
Perjumpaan Bersama Tok Batin
1.Keyakinan Diri Murid  Asli Dapat Ditingkatkan.
2.Mendapatkan kerjasama dari Tok Batin, Ibu Bapa, Penjaga dan Penduduk kampung dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar asli


2,3,4,
10
3.
Jejak Kasih / Muhibbah
1. Berlaku Perubahan Tahap Kebersihan Dan Kecerian
2.Mendalami cara-cara kehidupan masyarakat Asli.
3.Menjejaki pelajar-pelajar yang tercicir / ponteng sekolah

2,17,
18.
4
Poster Kata-Kata Tok Batin
Kadar Kehadiran Pelajar Asrama Meningkat hingga 90%
Sebagai Motivasi kepada palajar dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar di asrama

1-41
5
High -Table
1.Keyakinan Diri Murid  Asli Dapat Ditingkatkan.
2. Sebagai menghargai jasa dan sumbangan pelajar

28,29,
6
Keraian dan Lawatan
1.Ketrampilan  dan Kemanjadian Murid lebih Menyerlah
2.Sebagai meraikan dan menghargai sumbangan dan pencapaian pelajar dalam segala aspek.
3.Sebagai meraikan dan menghargai sumbangan dan pencapaian pelajar dalam segala aspek.

1,
15,
28,
29

Sunday 21 August 2016

LAWATAN JEJAK MUHIBBAH - PERKAMPUNGAN ORANG ASLI


HAK ORANG ASAL

(a)   Hak Tanah Orang Asli/Asal

Sejak penubuhannya pada tahun 1999, Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) telah berhadapan dengan pelbagai aduan daripada Orang Asli/Asal di Semenanjung Malaysia dan Anak Negeri di Sabah dan Sarawak, atau secara berkumpulan lebih dikenali sebagai Orang Asal (Indigenous Peoples) Malaysia berkaitan hak asasi mereka, secara spesifik, dakwaan mengenai pencabulan hak-hak tanah adat masyarakat Orang Asal.

SUHAKAM berpendapat bahawa isu tanah yang berterusan dan sistemik yang mempengaruhi Orang Asli/Asal dalam negara ini dapat dikendalikan dengan cara terbaik melalui satu pendekatan yang komprehensif dan mendalam dengan tujuan untuk memahami dengan lebih baik lagi mengenai isu tanah dan cara terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi kepentingan untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia komuniti Orang Asli/Asal di negara ini. Sehubungan dengan ini, SUHAKAM telah menjalankan Inkuiri Nasional mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal di Malaysia pada julung kali untuk meneliti punca utama isu tanah yang dihadapi oleh Orang Asli/Asal dari sudut hak asasi manusia. Inkuiri Nasional yang dijalankan dari Disember 2010 hingga Jun 2012 ini melibatkan beberapa siri pendengaran awam di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Hasil dapatan kajian ini telah dikumpulkan dalam sebuah laporan komprehensif yang bertajuk “Laporan Mengenai Inkuiri Nasional Hak Tanah Orang Asli/Asal di Malaysia” (Laporan Inkuiri Nasional) yang mengandungi isu dan syor utama untuk pertimbangan dan tindakan susulan pihak Kerajaan. Berikutan pengumuman umum Laporan Inkuiri Nasional pada 5 Ogos 2013, YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan keputusan Kabinet untuk menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk mengkaji secara teliti laporan tersebut.

Suruhanjaya menyambut baik penubuhan Pasukan Petugas Khas oleh Kerajaan untuk mengkaji hasil dapatan dan syor Laporan Inkuiri Nasional. Suruhanjaya berharap Pasukan Petugas Khas ini akan menyiapkan laporannya dalam masa terdekat dan memastikan pelaksanaan awal dan efektif ke ke atas syor-syor yang dikemukakan dalam Laporan NI Suruhanjaya.
Sebagai pelan susulan, SUHAKAM merancang untuk mengadakan taklimat bersama pelbagai pihak berkepentingan berhubungan laporan Petugas Khas di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

 (b)   Hak kepada Pendidikan bagi Kanak-kanak Orang Asli
Walaupun pendidikan rendah adalah wajib bagi semua kanak-kanak, namun tidak ada peningkatan yang positif dalam kehadiran di kalangan kanak-kanak Orang Asli khususnya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Oleh yang demikian, SUHAKAM sering kali mengadakan lawatan ke sekolah dan penempatan komuniti Orang Asli untuk menilai status pendidikan yang diterima oleh mereka.

SUHAKAM juga mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama pihak berkepentingan yang berkaitan termasuk masyarakat Orang Asli, pihak berkuasa sekolah serta agensi kerajaan yang berkaitan untuk membincangkan isu-isu berhubung akses kepada pendidikan yang dihadapi oleh kanak-kanak Orang Asli.

(c)  Penglibatan di peringkat serantau  
SUHAKAM juga memegang tanggungjawab sebagai ketua Institusi Hak Asasi Manusia Nasional (NHRI) bagi Projek Bersama Forum Institusi Hak Asasi Manusia Nasional Asia Tenggara (SEANF) mengenai Hak Orang Asal dan telah menganjurkan satu Konsultasi Serantau pada 14 Mac 2014 di Kuala Lumpur, yang dianjurkan bersama Pakatan Orang Asal AsiaRangkaian Orang Asal Malaysia dan Rakan Organisasi Komuniti di Sabah. Sesi tersebut dihadiri oleh Pelapor Khas PBB bagi Hak Orang Asal, Prof James Anaya dan juga wakil NHRI dari Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand dan juga wakil dari pertubuhan Orang Asal dan Badan bukan Kerajaan (NGO) di Asia Tenggara.

(d) Lawatan ke penempatan Penan yang terjejas oleh projek pembinaan empangan di Sarawak
Susulan kepada aduan yang dikemukakan oleh kumpulan Penan dan aktivis, SUHAKAM telah mengadakan lawatan tapak ke kawasan penempatan Penan yang terjejas oleh projek Empangan Murum di Sarawak. SUHAKAM juga mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkepentingan termasuk masyarakat Penan dan pemaju projek berkenaan.

PROGRAM DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN) 2016




ARTIKEL BERKAITAN HAK TERHADAP WARGA EMAS

Oleh kerana hak terhadap warga emas semakin mendapat perhatian penting di peringkat antarabangsa dan serantau, Suruhanjaya merasakan adalah penting untuk mempromosi isu tersebut di Malaysia dan telah mengenal pasti isu ini sebagai salah satu bidang keutamaan pada tahun 2013. 

Memandangkan isu berkaitan hak kepada golongan ini sangat luas dan dalam masa yang sama mengambil kira sumber yang terhad, Suruhanjaya memilih perkhidmatan jagaan dan sokongan kepada penjaga sebagai langkah permulaan yang praktikal. Pada masa akan datang, Suruhanjaya berharap untuk meluaskan fokus kepada bidang lain termasuklah isu diskriminasi dalam pekerjaan dan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan.


Beberapa aktiviti telah dijalankan sebagai sebahagian daripada penyelidikan, termasuklah konsultasi, lawatan ke institusi jagaan dan seminar. Suruhanjaya sedang melengkapkan satu laporan berkenaan perkhidmatan jagaan warga emas dan sokongan untuk penjaga. Setelah laporan berkenaan disiapkan, Suruhanjaya akan mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkepentingan tentang syor-syor dalam laporan tersebut dan juga meneruskan usaha advokasi terhadap hak warga emas di Malaysia.