Tuesday 24 April 2012

BENGKEL ATHAM ZON UTARA

LOKASI BENGKEL : HOTEL SERI MALAYSIA TAIPING

AKTIVITI BENGKEL : CRC 

SESI REFLEKSI

PESERTA BENGKEL DENGAN BARISAN FASILITATOR SUHAKAM

Saturday 21 April 2012

Laporan Program ATHAM Negeri Perak Februari 2012

Sekolah-sekolah yang terlibat dalam Program ATHAM (Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia) di Negeri Perak.

1. Tarikh lawatan :15.2.2012
    Nama Sekolah : SMK Ulu Kinta, Kinta 
    Bil. pelajar :1600 orang murid (300 murid Orang Asli)

2. Tarikh lawatan :16.2.2012 
    Sekolah : SK Kenang, Sungai Siput 
    Bil. pelajar : (195 orang murid Orang Asli)

3. Tarikh lawatan :16.2.2012 
    Nama Sekolah : SMK Muhibbah, Sungai Siput 
    Bil. pelajar :707 orang murid (284 murid Orang Asli)

4. Tarikh lawatan :17.2.2012
    Nama Sekolah : SK. Kg. Ulu Geruntum, Gopeng
    Bil. pelajar : (145 orang murid Orang Asli)



Laporan : SMK Muhibbah  ”1 Murid 1 Sukan”
  • Sekolah telah menyediakan satu program ”1 Murid 1 Sukan” dimana ATHAM dinyatakan secara jelas dan terancang. Program ini memberi peluang kepada murid untuk memilih sendiri sukan yang mereka minati selain meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti sekolah.
  •  Sekolah merancang untuk membina Blog sekolah untuk memenuhi hak bersuara murid seperti yang diperuntukkan dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak. 
  • Sekolah masih belum mewujudkan jawatankuasa ATHAM. Ini perlu untuk sekolah merancang, melaksana,memantau pelaksanaan aktiviti yang mempunyai elemen hak asasi manusia. 
  • Sekolah masih belum mewujudkan file program ATHAM dimana semua pihak dapat merujuk dan menyemak maklumat dan aktiviti ATHAM. Sistem menyimpan, menyampai dan berkongsi maklumat yang baik dan berfungsi adalah amat perlu supaya tidak berlaku pencairan maklumat atau kehilangan maklumat yang boleh menyukarkan pelbagai pihak yang berkenaan. 
  • Sekolah mempunyai Program Pendidikan Khas Intergrasi untuk seramai 26 orang murid.Pelajar diperhatikan telah diberi peluang sepenuhnya untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.  Harapan SUHAKAM mereka juga diberi peluang yang sama untuk  menyertai aktiviti sekolah arusperdana. SUHAKAM difahamkan mereka masih kekurangan guru terlatih sebaliknya mereka dibekalkan dengan Guru Interim yang tidak terlatih khus untuk mengajar murid Pendidikan Khas. Sekolah juga menghadapi kekurangan PPM lelaki yang mana perlu untuk menguruskan murid lelaki.
  • SUHAKAM dimaklumkan bilik darjah tidak mencukupi dan sekolah sedang berusaha untuk mengubah suai ruang khas yang ada untuk dijadikan bilik 5darjah sementara. Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah diminta memberi perhatian dalam perkara ini kerana belajar dalam keadaan selamat dan selesa adalah hak kanak-kanak.

RUMUSAN

a. SUHAKAM telah berbincang dengan pihak pengurusan dan guru penyelaras untuk bagaimana penambahbaikan perlu dirancang dan dilaksanakan serta memberi saranan mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan mengikut kekuatan dan keupayaan sekolah masing-masing.

b. Kebanyakkan  sekolah yang dilawati telah  berupaya menyebarluaskan maklumat  mengenai CRC dan Artikel-Artikel yang terdapat dalam CRC untuk pendedahan dan pengetahuan kepada warga sekolah.

c. Kebanyakkan  sekolah telah  mewujudkan JK Induk yang perlu merancang dan melaksanakan ATHAM serta pengdokumentasian program yang dijalankan.

d. Kebanyakkan  sekolah  sudah   meyediakan Sudut ATHAM untuk  tujuan rujukan, kemiskini maklumat dan cara untuk sebarluas kepada warga sekolah.

e. SUHAKAM berpendapat  Pengetua dan  Guru Besar memainkan peranan penting dalam menjayakan satu-satu aktiviti sekolah.

f. SUHAKAM mendapati PPD, JPN dan Jabatan Sekolah Harian amat kurang memainakan peranan dalam menjayakan program ini di sekolah.

Februari 2012
Urusetia KEPHAMUS

Program Bengkel Hak Asasi Dan Out-Reach Pendidikan Untuk Orang Asli



Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah mengadakan pelbagai program untuk memartabatkan hak Orang Asal di Malaysia. Ini termasuklah bengkel mengenai hak Orang Asal terhadap tanah adat, lawatan ke perkampungan Orang Asli serta kem hak asasi untuk remaja Orang Asli. Selain itu, SUHAKAM turut memainkan peranan mengadakan perbincangan dengan pihak kerajaan melalui isu-isu Orang Asli sebagai salah satu strategi untuk menarik perhatian pihak berkuasa mengenai masalah komuniti ini seterusnya bersama-sama mencari jalan penyelesaiannya.

SUHAKAM akam meneruskan usaha untuk merapatkan jurang dalam pencapaian pendidikan Orang Asli berbanding kanak-kanak di arus perdana. Seterusnya SUHAKAM juga akan terus berusaha untuk menyedarkan masyarakat Orang Asli mengenai kepentingan pendidikan sebagai salah satu dari hak asasi manusia sepertimana yang terkandung di dalam Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak dan Deklarasi Hak Orang Asal.

Oleh yang demikian, SUHAKAM merancang untuk mengadakan program kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi ibu bapa Orang Asli dengan menggunakan hak asasi manusia sebagai asas program tersebut. Bahkan, SUHAKAM berharap agar melalui program ini, masyarakat Orang Asli dapat menyumbangkan pandangan mereka ke arah menambahbaik kualiti pendidikan kanak-kanak Orang Asli agar selaras dengan latarbelakang budaya dan cara hidup mereka, ini diharapkan dapat menangani isu keciciran kanak-kanak Orang Asli dari persekolahan. Input yang diperolehi dapat dikongsi bersama Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan agensi-agensi lain supaya dapat dikaji serta merealisasikan ke dalam sistem pendidikan yang sedia ada.

Objektif program ini adalah untuk :-
1. Meningkatkan kefahaman ibu-bapa di dalam masyarakat Orang Asli mengenai hak kanak-kanak terhadap pendidikan.
   
2. Meningkatkan motivasi ibu-bapa di dalam masyarakat Orang Asli agar memastikan anak mereka tidak tercicir dari persekolahan.
   
3. Mendapatkan input serta pandangan daripada ibu-bapa Orang Asli tentang corak pendidikan yang sesuai untuk anak mereka serta selaras dengan latar belakang budaya dan cara hidup Orang Asli.