Wednesday 21 May 2014

Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia Di Sekolah


Amalan terbaik hak asasi manusia
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999. Salah satu fungsi SUHAKAM menurut Seksyen 4 (1) Akta ini adalah “…untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia.”
Selaras dengan fungsi tersebut, SUHAKAM dikehendaki untuk menjalankan program pendidikan hak asasi manusia kerana ianya adalah penting seperti yang tersebut dalam Plan of Action: World Programme for Human Rights Education, First Phase iaitu:
Tata pemerintahan yang baik juga telah disebut sebagai pelaksanaan kuasa melalui proses politik dan institusi yang telus dan akauntibiliti, dan menggalakkan penyertaan masyarakat. Ketika kita bicara tentang hak asasi manusia, kita selalu merujuk pada standard yang ditetapkan dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan diperjelaskan dalam beberapa konvensyen antarabangsa yang menentukan standard minumum untuk memastikan martabat manusia.
“Human rights education is widely considered to be integral to every child’s program right to a qualtiy education, one that not only teaches reading, writing and arithmetic, but also strengthens the child’s capacity to enjoy the full range of human rights and promotes a culture which is infused by human rights values.”
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan kerjasama United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) and Office of the United Nations High Commissioner for Human Rights (OHCHR) telah menubuhkan satu pelan tindakan iaitu Pelan Tindakan bagi Program Pendidikan Hak Asasi Manusia Sedunia (Plan of Action: World Programme for Human Rights Education). Pelan ini menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran, sekolah dan badan-badan lain yang berkaitan dengan pendidikan negara untuk bekerjasama bagi mengintegrasikan pendidikan hak asasi manusia secara efektif dalam sistem persekolahan negara. pelan ini telah ditandatangani oleh Negara-Negara Anggota Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Member States of the United Nations General Assembly) pada 14 Julai 2005. Malaysia, sebagai Negara Anggota bertanggungjawab bagi melaksanakan Pelan Tindakan ini.
SUHAKAM telah menjalankan beberapa program pendidikan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menanam kesedaran dan amalan Hak Asasi Manusia di kalangan guru dan pelajar sekolah. Mulai 2009, Jawatankuasa Kecil Pendidikan Hak Asasi Manusia untuk Sekolah bercadang mengadakan Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia di peringkat sekolah yang melibatkan warga sekolah secra lebih menyeluruh.
Matlamat program ini adalah untuk :-
  1. Menggalakkan pelajar dan warga sekolah untuk memberi perhatian dan mengambil langkah-langkah untuk mengamalkan hak asasi manusia dan hak kanak-kanak.
  2. Memupuk sikap hormat-menghormati dan bertanggungjawab berkaitan hak asasi manusia dan hak kanak-kanak serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
  3. Meningkatkan pemahaman dan amalan hak asasi manusia dan hak kanak-kanak untuk kesejahteraan hidup.
  4. Menggalakkan pelajar dan guru untuk memberi perhatian kepada aspek-aspek hak asasi dan hak kanak-kanak dalam merancang dan melaksanakan aktiviti di sekolah.
  5. Berkongsi pengalaman tentang hak asasi manusia dan hak kanak-kanak yang telah diamalkan di sekolah dengan masyarakat setempat.
  6. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan pelajar tanpa mengira kaum, agama dan jantina.

No comments:

Post a Comment